Monday, June 1, 2009

Percutian sehari ke Tioman...

Pulau Tioman in memory...

As seronok mandi kolam


As excited naik feri tengok laut..

Dua minggu yang lepas, entah apa mimpi abah, tiba2 nak g tioman. Sehari je plak tuh, hari nie pergi esok dah balik. tapi abah nak g jugak. Ikut kan jelh..Atuk As pun ikut sekali. Kami bertolak dari rmh kul 12 tghari untuk mengejar feri kul 3ptg di mersing. Perjalanan ke sana, semua excited sebab first time pergi. Sampai sana, parking kete, nasib baik feri blum sampai. Kami pergi ke bahagian kampung Tekek yang menempatkan hotel kami. Sebenarnya ada byk kg kat tioman nie. Tapi Tekek kiranya mcm main port dialh. Hmm.. cantik sungguh laut, sesuai untuk orang yang memang sukakan keindahan alam. Tapi tioman bukan mcm langkawi, takde sangat tempat2 nak shopping. Kiranya mcm kg tepi lautlah, menikmati keindahan alamsemulajadi. Sempat jugalh kami mandi laut, tapi As mandi kolam jer, As takut laut sampai nangis2 tak nak g kearah laut.

On the way balik..
Gambar mama As memang kurang, sbb mamanya jadi tukang amik gambar, so As and abah yang asyik posing..
Nak dijadikan cerita, he..he.. Abah As rupanya mabuk laut masa balik naik feri kah..kah.. So hari isnin mc lh..




Happy Birthday As...

Sebenarnya birthday as 3.5.09 yang lalu, tapi mama tak sempat nak update kat blog on time coz busylah katakan. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat berkumpul makan2 kat luar. Kebetulan semua ada and free, terus ajak g mkn2. Belilah jugak sebiji kek untuk As. Sibuk nak nyanyi and tiup2 lilin. Ini adalah gambar2 sepupu As, ada 4 orang tapi sorang lagi baru setahun jadik didukung oleh bibik...





Thursday, May 28, 2009

Masih mekarkah cinta itu...



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
merantai hati
bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa
membuatku tenang
tanpa dirimu
aku merasa hilang
dan sepi…

Amarah....

Amarah..
Satu sifat yang semua orang tahu. Amarah setiap orang berbeza2. Kenapa kita marah dan kena marah? Adakah sebab kita buat salah atau orang tak puas hati dengan kita? Tapi perlu ke kita marahkan seseorang dengan cara yang kita rasa melampau dan tidak menghormati perasaan orang lain. Kalau kita buat salah pun, tegurlh dan marahlh dengan berhemah. Orang lain pun ada perasaan jugak...
Entahlah...Tepuk dada Tanya hati!!

Sunday, May 10, 2009

Alahai anak mama sorang nie...

Sorrylh , entry yang lepas try nak upload gambr MEG tuh, tapi tak mahu2. Apa pasal ek....?

Oklah, kali nie nak citer pasal anak sorang nie, as namanya. Lately nie ada jer yang dibuatnya.
1. Suruh mandi, tak mahu mandi. tak tahu kenapa. Kalau basuh, dia akan ckp tak nak mandi. Kalau sebelum nie, dekat 10 kali nak masuk bilik air, mandi. Hmm..Pelik2.
Tapi As memang dah pandai buang air kecil kat toilet, kalu dia rasa nak buang kat toilet dia akan bgtahu, "mama as nak kencing". Pampers pun kadang2 dia tak nak pakai, dah rasa gatal2.
2.Hmm... malam plak kalau nk tidor, dia tak nak tido atas tilam. seboleh2 nak tido atas mama dia. Agaknya mama dia nie tilam empok kot..he..he.. Mana tak kebas mama dia, dok baring statik jer. Bila alih jer ke tilam, mengamok plak... Ayooo..!!
hmm agaknya sebab nak membesar kot. sbb 3 mei lepas, genap as 3 tahun. Just sambut mkn2 n potong kek kat restoran 3sha. Kalau ada masa, akan diupload gambar birthday as.
3. Pastu , asyik nak pkai baju baru jer kat rmh. nak pakai seluar poket(seluar yang ada byk poket) katanya. Sampai mama dia pun, dia suruh pakai baju baru mcm nak g jln.
Apa pun, anak mama memang dah besar. Semua nk buat sendiri, nak pilih baju sendiri, pakai baju sendiri, susu pun nak buat sendiri.

Training MEG di HUSM


Dua minggu yang lepas, kena pi training kat HUSM, 26 april-3 mei. Masa Supervisor bgtahu kena pi seminggu, alamak... lamanya. he..he.. biasalh bagi kaum2 ibu yang ada suami n anak nie. Yang sedihnyer nak tinggal anak, sbb hubby pun tgh kursus induksi. so as kenalh duduk ngn atuk, sedihnyer kena tinggal. Tapi bila pi sana, latihannya dipendekkan sampai 30hb.
Training apa..? O.. HUSM beli alat namanya MEG(Magnetoencephalography). harganya kalau taksilap 12 million. For information, husm the first one yang ada alat nie kat south east asia. Cayalah... Alat nie untuk detect brain punya signal. So ada kaitan with my researchlh.

Tuesday, May 5, 2009

Banyaknyer keje..

Hmm... walaupun banyak kerja dan banyak benda yang difikirkan masih sempat lagi nak update blog. Saja jer..
Nanti nak update pasal asy punya birthday on 3 Mei 2009 and my training on MEG kat HUSM selama seminggu...