Sunday, May 10, 2009

Alahai anak mama sorang nie...

Sorrylh , entry yang lepas try nak upload gambr MEG tuh, tapi tak mahu2. Apa pasal ek....?

Oklah, kali nie nak citer pasal anak sorang nie, as namanya. Lately nie ada jer yang dibuatnya.
1. Suruh mandi, tak mahu mandi. tak tahu kenapa. Kalau basuh, dia akan ckp tak nak mandi. Kalau sebelum nie, dekat 10 kali nak masuk bilik air, mandi. Hmm..Pelik2.
Tapi As memang dah pandai buang air kecil kat toilet, kalu dia rasa nak buang kat toilet dia akan bgtahu, "mama as nak kencing". Pampers pun kadang2 dia tak nak pakai, dah rasa gatal2.
2.Hmm... malam plak kalau nk tidor, dia tak nak tido atas tilam. seboleh2 nak tido atas mama dia. Agaknya mama dia nie tilam empok kot..he..he.. Mana tak kebas mama dia, dok baring statik jer. Bila alih jer ke tilam, mengamok plak... Ayooo..!!
hmm agaknya sebab nak membesar kot. sbb 3 mei lepas, genap as 3 tahun. Just sambut mkn2 n potong kek kat restoran 3sha. Kalau ada masa, akan diupload gambar birthday as.
3. Pastu , asyik nak pkai baju baru jer kat rmh. nak pakai seluar poket(seluar yang ada byk poket) katanya. Sampai mama dia pun, dia suruh pakai baju baru mcm nak g jln.
Apa pun, anak mama memang dah besar. Semua nk buat sendiri, nak pilih baju sendiri, pakai baju sendiri, susu pun nak buat sendiri.

1 comment:

  1. lawakla kak ami bab tilam empok tuh..huhuh pelik2 belaka budak2 ni..anak kak ami sama ngan anak saya yg sulung eh..lupe2 betul la. haah dieorg dah malu nak pakai pampers..mmg dah pandai buang air kat toilet. Belikan potty cantik2 pun die geli nak membuang kat situ..hahah..

    satu lagi anak sulung saya tuh plak suka pakai baju banyak. satu baju lengan panjang kat dalam dan satu lagi kat luar pakai baju yang nampak etek katenya (hahah..baju seksi takde lengan)..so kat sini mmg la kami pakai baju berlapis camtu. yelah mane nak cari baju lengan pjg yg tertutup..ade takde beli lengan pendek la.so, kami pakai baju ketat (strech) lengan panjang kat dalam..so minah ni mengikut ler ni...

    apapun..as tu mmg lawak..mentang2 badan keding, nak tido kat tilam empuk...pandai memilih sungguh!haha..bijak2 mcm mama nye

    ReplyDelete