Tuesday, December 8, 2009

Pasport...oh Pasport

Selamat bersua kembali....

Semalam kami satu keluarga buat pasport antarabangsa kat pekan Rabu. Alhamdulillah siap dah. Hmm..memang amat melecehkn. Sebenarnya dah 2 kali pergi tuk buat pasport, tapi no habis bila sampai dan nak beratur tu mak ai....panjang giler. Masa dtg smlm, org dah beratur pjg giler, then we decided untuk dtg esok lagi pg2 buta tuk beratur amik no. sbb kemungkinan bila sampai turn kami, no habis. Tapi nak jadi cerita, masa kami berbelah bagi nak balik, dtg pegawai imigrisen pegang no. Oleh kerana ada si asyraf tu, dia tanya berapa tahun, kami jawablah. Then dia bg no., kami bertiga dptlh cepat. Orang lain yag beratur pjg giler, tgk mcm bengkek n tensen jer kami dpt no terus blah dr beratur. itu pon nasib baik ada si asyraf. Walaupun no dpt dlm no yang awal, masyaAllah jenuh nak menunggu dgn si asyraf yang dah bosan and mula buat perangai. Akhirnya, kul 2 ptg kami dpt pasport. tapi cian kat asy. Mlm tuh dia demam, batuk n selsema. Mungkin penat sbb pergi byk kali. Tapi ramailh yang merungut dgn sistem amik no n prosesnya agak lambat.

gambar pasport asy ...

Wednesday, November 11, 2009

Kembali Bersua....

Assalamualaikum....



Hmm, lama sungguh ku tak mengupdate blog nie. Entahlh...lebih suka melayari blog orang lain drp update blog sendiri. He..he..
Bkn apa, sekarang adalah masa2 hujung cuti belajar . Kiranye tahap2 agak krital lh. So kenelh fokus ngan penulisan..chewah...chewah. Ye lh tuh...




As 3 tahun...

As 1 tahun...






Wednesday, July 8, 2009

Salam...

Hmm.. lama rasanya tak update blog nie. Malasnya tahap gaban. Minggu2 sudah sibuk dengan conference kat KL, pastu bercuti dua tiga hari. Nie dah start sem baru, bermakna aku dah masuk tahun yang ketiga...Ish..Ish.. bleh habis ker 3 tahun nie. Bleh kot..InsyaAllah

Wednesday, June 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG......


Hari nie 11 Jun 2009, hari besday abah As... Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke...? Semoga panjang umur, murah rezeki and heppy2 selalu... Mama and As sayang kat abah sangat2!! Hadiah untuk abah? Entahlah..tunggu.!



SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Tuesday, June 2, 2009

Boring...

Ya Allah.. Boringnya hari nie. Tak tahu nak buat apa. Actually adalah jugak keje nak buat. Tapi kenapalah tak rajinnya. Rasa macam nak g bercuti ke mana2. Ramai yang amik kesempatan cuti sekolah nie, untuk cuti2.
Tapi... abah As sibuk bulan nie, sibuk ngan sukan kolej. So As and mama takleh bercuti ke mana2. But abah dah janji nak amik cuti lama2 lepas settle sukan nie, nak g berehat cuti2 malaysia. Tak sabaunyer..he..he.
Tolonggg...bosannya mama.

As si mata bulat

Jom heboh Danga Bay...

As seronok g jalan2


Hari sabtu yang baru nie, entah mimpi apa kami sekeluarga tergerak hati nak g jom heboh. Saja pusing2, bawak As jalan2. As mmg suka sangat g jalan2, tak balik rumah pun takpe, g jalan jer, mama n abah yang dok letih.. Tak beli apa2 pun, just round2, ternampak pelakon ery putra, tak sempat nak amik gambor he..he..
As suka tgk iklan ribena ngan oren kat tv, tapi bila jumpa maskot, takutt...




Seronok dapat ballon Mickey Mouse..

Monday, June 1, 2009

Percutian sehari ke Tioman...

Pulau Tioman in memory...

As seronok mandi kolam


As excited naik feri tengok laut..

Dua minggu yang lepas, entah apa mimpi abah, tiba2 nak g tioman. Sehari je plak tuh, hari nie pergi esok dah balik. tapi abah nak g jugak. Ikut kan jelh..Atuk As pun ikut sekali. Kami bertolak dari rmh kul 12 tghari untuk mengejar feri kul 3ptg di mersing. Perjalanan ke sana, semua excited sebab first time pergi. Sampai sana, parking kete, nasib baik feri blum sampai. Kami pergi ke bahagian kampung Tekek yang menempatkan hotel kami. Sebenarnya ada byk kg kat tioman nie. Tapi Tekek kiranya mcm main port dialh. Hmm.. cantik sungguh laut, sesuai untuk orang yang memang sukakan keindahan alam. Tapi tioman bukan mcm langkawi, takde sangat tempat2 nak shopping. Kiranya mcm kg tepi lautlah, menikmati keindahan alamsemulajadi. Sempat jugalh kami mandi laut, tapi As mandi kolam jer, As takut laut sampai nangis2 tak nak g kearah laut.

On the way balik..
Gambar mama As memang kurang, sbb mamanya jadi tukang amik gambar, so As and abah yang asyik posing..
Nak dijadikan cerita, he..he.. Abah As rupanya mabuk laut masa balik naik feri kah..kah.. So hari isnin mc lh..




Happy Birthday As...

Sebenarnya birthday as 3.5.09 yang lalu, tapi mama tak sempat nak update kat blog on time coz busylah katakan. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat berkumpul makan2 kat luar. Kebetulan semua ada and free, terus ajak g mkn2. Belilah jugak sebiji kek untuk As. Sibuk nak nyanyi and tiup2 lilin. Ini adalah gambar2 sepupu As, ada 4 orang tapi sorang lagi baru setahun jadik didukung oleh bibik...





Thursday, May 28, 2009

Masih mekarkah cinta itu...



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
merantai hati
bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa
membuatku tenang
tanpa dirimu
aku merasa hilang
dan sepi…

Amarah....

Amarah..
Satu sifat yang semua orang tahu. Amarah setiap orang berbeza2. Kenapa kita marah dan kena marah? Adakah sebab kita buat salah atau orang tak puas hati dengan kita? Tapi perlu ke kita marahkan seseorang dengan cara yang kita rasa melampau dan tidak menghormati perasaan orang lain. Kalau kita buat salah pun, tegurlh dan marahlh dengan berhemah. Orang lain pun ada perasaan jugak...
Entahlah...Tepuk dada Tanya hati!!

Sunday, May 10, 2009

Alahai anak mama sorang nie...

Sorrylh , entry yang lepas try nak upload gambr MEG tuh, tapi tak mahu2. Apa pasal ek....?

Oklah, kali nie nak citer pasal anak sorang nie, as namanya. Lately nie ada jer yang dibuatnya.
1. Suruh mandi, tak mahu mandi. tak tahu kenapa. Kalau basuh, dia akan ckp tak nak mandi. Kalau sebelum nie, dekat 10 kali nak masuk bilik air, mandi. Hmm..Pelik2.
Tapi As memang dah pandai buang air kecil kat toilet, kalu dia rasa nak buang kat toilet dia akan bgtahu, "mama as nak kencing". Pampers pun kadang2 dia tak nak pakai, dah rasa gatal2.
2.Hmm... malam plak kalau nk tidor, dia tak nak tido atas tilam. seboleh2 nak tido atas mama dia. Agaknya mama dia nie tilam empok kot..he..he.. Mana tak kebas mama dia, dok baring statik jer. Bila alih jer ke tilam, mengamok plak... Ayooo..!!
hmm agaknya sebab nak membesar kot. sbb 3 mei lepas, genap as 3 tahun. Just sambut mkn2 n potong kek kat restoran 3sha. Kalau ada masa, akan diupload gambar birthday as.
3. Pastu , asyik nak pkai baju baru jer kat rmh. nak pakai seluar poket(seluar yang ada byk poket) katanya. Sampai mama dia pun, dia suruh pakai baju baru mcm nak g jln.
Apa pun, anak mama memang dah besar. Semua nk buat sendiri, nak pilih baju sendiri, pakai baju sendiri, susu pun nak buat sendiri.

Training MEG di HUSM


Dua minggu yang lepas, kena pi training kat HUSM, 26 april-3 mei. Masa Supervisor bgtahu kena pi seminggu, alamak... lamanya. he..he.. biasalh bagi kaum2 ibu yang ada suami n anak nie. Yang sedihnyer nak tinggal anak, sbb hubby pun tgh kursus induksi. so as kenalh duduk ngn atuk, sedihnyer kena tinggal. Tapi bila pi sana, latihannya dipendekkan sampai 30hb.
Training apa..? O.. HUSM beli alat namanya MEG(Magnetoencephalography). harganya kalau taksilap 12 million. For information, husm the first one yang ada alat nie kat south east asia. Cayalah... Alat nie untuk detect brain punya signal. So ada kaitan with my researchlh.

Tuesday, May 5, 2009

Banyaknyer keje..

Hmm... walaupun banyak kerja dan banyak benda yang difikirkan masih sempat lagi nak update blog. Saja jer..
Nanti nak update pasal asy punya birthday on 3 Mei 2009 and my training on MEG kat HUSM selama seminggu...

Friday, April 24, 2009

For My Beloved Husband & Son...

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini
Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya

Monday, April 20, 2009

Permata Hatiku..

Inilah permata hati, intan payung kami sorang (setakat inilah). Muhammad Asyraf namanya. Tapi dia panggil dirinya As. Panggilan manja. So kami pun panggillah As. Bila tanya dah besar nak jadi apa? Dengan spontan dia akan jawab USTAZ.... Alhamdulillah. As sekarang nie mmg banyak cakap. Tak terlayan. Kalau beli makanan untuk dia, dia akan tanya ''mama beli kat mana?", kalau ada orang telefon, dia akan tanya siapa tepon?, kalau pakai baju lawa, dia akan tanya nak g mana? jalan2 ye mama?Hmm.. dan byk lagilah. Tapi As nie memang sangat aktif kecuali kalu dia sakit. Kadang2 geram jugak, tapi bila tengok muka dia tgh tido..alamak, cair hati nie. Sayang sangat kat As....

Thursday, April 16, 2009

Hmm..

Hari nie tak g office. Buat keje kat rumah jer..Sebabnya?he..he.. roadtax kete husband dah mati, tak sempat nak renew.. so hubby pakai kete mama g keje. Mama boleh buat keje dari rmh.
Bila buat keje kat rumah nie, faham2 jelh. pasti ada gangguan.
Hubby sibuk betul ngan keje, lepas g genting 3 minggu, kena g BTN, pastu minggu depan nie g induksi plak 2 minggu. Busy2, kesian hubby. Mama and as yang boring dok rmh, dah lama tak g jln2.

Tuesday, April 14, 2009

Askm Semua
Selamat menjengah ke blog baru saya...!