Dua minggu yang lepas, entah apa mimpi abah, tiba2 nak g tioman. Sehari je plak tuh, hari nie pergi esok dah balik. tapi abah nak g jugak. Ikut kan jelh..Atuk As pun ikut sekali. Kami bertolak dari rmh kul 12 tghari untuk mengejar feri kul 3ptg di mersing. Perjalanan ke sana, semua excited sebab first time pergi. Sampai sana, parking kete, nasib baik feri blum sampai. Kami pergi ke bahagian kampung Tekek yang menempatkan hotel kami. Sebenarnya ada byk kg kat tioman nie. Tapi Tekek kiranya mcm main port dialh. Hmm.. cantik sungguh laut, sesuai untuk orang yang memang sukakan keindahan alam. Tapi tioman bukan mcm langkawi, takde sangat tempat2 nak shopping. Kiranya mcm kg tepi lautlah, menikmati keindahan alamsemulajadi. Sempat jugalh kami mandi laut, tapi As mandi kolam jer, As takut laut sampai nangis2 tak nak g kearah laut.
Gambar mama As memang kurang, sbb mamanya jadi tukang amik gambar, so As and abah yang asyik posing..
Nak dijadikan cerita, he..he.. Abah As rupanya mabuk laut masa balik naik feri kah..kah.. So hari isnin mc lh..
No comments:
Post a Comment