Wednesday, June 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG......


Hari nie 11 Jun 2009, hari besday abah As... Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke...? Semoga panjang umur, murah rezeki and heppy2 selalu... Mama and As sayang kat abah sangat2!! Hadiah untuk abah? Entahlah..tunggu.!



SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Tuesday, June 2, 2009

Boring...

Ya Allah.. Boringnya hari nie. Tak tahu nak buat apa. Actually adalah jugak keje nak buat. Tapi kenapalah tak rajinnya. Rasa macam nak g bercuti ke mana2. Ramai yang amik kesempatan cuti sekolah nie, untuk cuti2.
Tapi... abah As sibuk bulan nie, sibuk ngan sukan kolej. So As and mama takleh bercuti ke mana2. But abah dah janji nak amik cuti lama2 lepas settle sukan nie, nak g berehat cuti2 malaysia. Tak sabaunyer..he..he.
Tolonggg...bosannya mama.

As si mata bulat

Jom heboh Danga Bay...

As seronok g jalan2


Hari sabtu yang baru nie, entah mimpi apa kami sekeluarga tergerak hati nak g jom heboh. Saja pusing2, bawak As jalan2. As mmg suka sangat g jalan2, tak balik rumah pun takpe, g jalan jer, mama n abah yang dok letih.. Tak beli apa2 pun, just round2, ternampak pelakon ery putra, tak sempat nak amik gambor he..he..
As suka tgk iklan ribena ngan oren kat tv, tapi bila jumpa maskot, takutt...




Seronok dapat ballon Mickey Mouse..

Monday, June 1, 2009

Percutian sehari ke Tioman...

Pulau Tioman in memory...

As seronok mandi kolam


As excited naik feri tengok laut..

Dua minggu yang lepas, entah apa mimpi abah, tiba2 nak g tioman. Sehari je plak tuh, hari nie pergi esok dah balik. tapi abah nak g jugak. Ikut kan jelh..Atuk As pun ikut sekali. Kami bertolak dari rmh kul 12 tghari untuk mengejar feri kul 3ptg di mersing. Perjalanan ke sana, semua excited sebab first time pergi. Sampai sana, parking kete, nasib baik feri blum sampai. Kami pergi ke bahagian kampung Tekek yang menempatkan hotel kami. Sebenarnya ada byk kg kat tioman nie. Tapi Tekek kiranya mcm main port dialh. Hmm.. cantik sungguh laut, sesuai untuk orang yang memang sukakan keindahan alam. Tapi tioman bukan mcm langkawi, takde sangat tempat2 nak shopping. Kiranya mcm kg tepi lautlah, menikmati keindahan alamsemulajadi. Sempat jugalh kami mandi laut, tapi As mandi kolam jer, As takut laut sampai nangis2 tak nak g kearah laut.

On the way balik..
Gambar mama As memang kurang, sbb mamanya jadi tukang amik gambar, so As and abah yang asyik posing..
Nak dijadikan cerita, he..he.. Abah As rupanya mabuk laut masa balik naik feri kah..kah.. So hari isnin mc lh..




Happy Birthday As...

Sebenarnya birthday as 3.5.09 yang lalu, tapi mama tak sempat nak update kat blog on time coz busylah katakan. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat berkumpul makan2 kat luar. Kebetulan semua ada and free, terus ajak g mkn2. Belilah jugak sebiji kek untuk As. Sibuk nak nyanyi and tiup2 lilin. Ini adalah gambar2 sepupu As, ada 4 orang tapi sorang lagi baru setahun jadik didukung oleh bibik...